PRINSIP-PRINSIP TAMADUN ISLAM
1. Memelihara agama
Fitrah semulajadi manusia hendakkan agama,manusia bebas memilih agama masing- masing, dan “tiada paksaan dalam beragama”. Menyerah diri kpd Allah dgn mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan larangan.
2. Memelihara nyawa atau jiwa
Menjamin nyawa atau jiwa daripada pencerobohan manusia lain. Larangan membunuh dan membunuh diri. Firman Allah SWT “Barangsiapa yang membunuh seorang manusia bukan kerana hukuman pembunuhan atau kerana membuat bencana dalam negeri,maka ertinya orang itu telah membunuh manusia seluruhnya” (AL MAIDAH 5:32)
3. Memelihara akal
3. Memelihara akal
Mengharamkan minuman keras. Firman Allah SWT “Wahai org yang beriman,sesungguhnya minuman arak,berjudi,berkorban utk berhala,mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji,termasuk perbuatan syaitan.Maka jauhilah perbuatan itu,agar kamu mendapat keberuntungan” (AL MAIDAH 5:90)
4. Memelihara maruah dan keturunan
Mensyariatkan perkahwinan, haramkan zina,pergaulan bebas lelaki perempuan, firman Allah SWT “Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepada kamu. Sesungguhnya membunuh mereka satu dosa yang besar” (AL ISRAA' 17:31)
5. Memelihara harta
Firman Allah SWT , “Dan tuntutlah apa yang didatangkan oleh Allah S.W.T kepada kamu untuk hari akhirat dan janganlah kamu lupa habuan kamu di dunia. Buatlah baik sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu dan janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melakukan kerosakan.” (AL QASAS 28:77)
Untuk memelihara keselamatan harta benda yang menjadi hak milik halal bagi individu, tamadun Islam mengharamkan sebarang bentuk pencurian daripada sekecil-kecil harta seperti jarum hinggalah sebesar-besarnya. Hal ini diperjelaskan oleh Allah SWT dalam ayat, terjemahannya dalam Surah al-Maa’idah 5:38: “Lelaki dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya sebagai pembalasan daripada apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan daripada Allah”.
6. Memelihara hak kebebasan
Hak Allah SWT:bebas dari taklid,alam bukti kewujudan Allah,bebas dari kesesatan. Hak Manusia: bebas bergerak,bebas bersuara,bebas berpersatuan,bebas beragama.

No comments:
Post a Comment