Sebagai manusia yang bergelar muslim mempunyai peranannya di
atas muka bumi ini, apakah peranan itu? Peranannya adalah memakmurkan bumi ini
dengan syariat Allah. Kita lihat bagaimana pada zaman kita pada hari ini,
jauhnya kita telah tersesat meninggalkan suruhan Allah dalam kehidupan kita.
Semakin jauh kita melangkah meninggalkan Allah dalam
kehidupan kita, semakin jauh kita dengan kebenaran. Memang tidak dapat
dinafikan, islam itu agama yang syumul dan menyeluruh serta lengkap daripada
semua aspek kehidupan kita, tetapi bagaimana pula apabila kita berbicara
tentang muslim, yakni penganutnya.
Itulah tanggungjawab kita
Mengembalikan muslim kepada kehidupan islam sebenar, itulah
tanggungjawab kita semua, tetapi bagaimana? Apabila berbincang perkara ini,
iaitu perkara untuk mengembalikan islam supaya ianya tertegak di atas muka bumi
ini, ramai di kalangan manusia merasakan, kita perlu mendirikan sebuah Negara,
mempunyai perlembagaan islam, menjalankan hukum qisas, hudud, takzir, baru
boleh menjalankan syariat Allah dalam kehidupan kita. Begitu kompleknya
pemikiran Tidak semestinya begitu.
Menyumbang ke arah
kebangkitan islam
Menyumbang ke arah itu, tidaklah serumit yang selalu orang
fikirkan, kadang – kadang hanya dengan mengutip sampah, juga boleh menyumbang
ke arah kebangkitan islam, Hanya dengan menjaga lidah, percakapan , pergaulan
juga meyumbang kearah yang sama, Nampak? hanya dengan mengikut perintah Allah
yang sudah terkandung dalam al –quran, serta mengamalkan sunnah nabi-Nya sangat
– sangat menyumbang ke arah kebangkitan islam.
Islam itu tetap akan
bangkit
Itulah janji nabi dalam hadisnya, ruginya kita sebagai
seorang islam apabila tidak menjadi penyumbang kepada islam, jikalau kita
menjatuhkan agama islam sekalipun, itulah adalah janji nabi, islam tetap akan
naik, sesiapakah yang paling untung dalam hal ini? Dan siapakah yang rugi dalam
hal ini? Kemenangannya sudah ada didepan mata, tetapi siapakah yang mahu
mengejarnya? Kitalah yang patut menggapainya
Dalam kehidupan kita
sebagai pelajar
Tanamkan azam untuk bangkitkan islam dalam pelusuk kehidupan
kita, niatkan pembelajaran yang kita lalui selama ini untuk menjadi penyumbang
ke arah itu, bukan semudah berbicara tentang semua ini, tetapi pada masa yang
sama juga ianya bukan mustahil untuk melaksanakannya. Hanya perlu ada kemahuan
dan juga ikhtiar, serta istiqomah dalam perjuangan.


No comments:
Post a Comment